Sunday, December 30, 2012

We Are Decide Our Own Way


Assalamualaikum…
Masuk sem ke-2 ni aku belajar di Politeknik Ibrahim Sultan ni, aku terpaksa duduk di luar.. Sewa rumah la… sem 1 aku tinggal di Asrama lagi… tp sekarang terpaksa keluar.. sebab asrama tidak cukup untuk menampung semua pelajar…  Best kan duduk rumah sewa sendiri…  tak de mak ayah ataupun penjaga… semuanya bebas… nak buat ape pon boleh.. bebas…..




Tp kita sebagai seorang mahasiswa perlulah matang dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri…(mcm ayat mak aq je).. haha.. biasanya di Politeknik aku ni… ramai lecture yang cakap…. Bila masuk je sem 2 ramai pelajar yang result exam jatuh merudum… mungkin di sebabkan pengaruh hidup bebas ini.. ye lah, selama ini di kongkong.. dah dapat hidup bebas mulalah tak tahu arah tuju.. masa inilah ramai yang mula belajar keluar malam, merempit, clubbing dan macam-macam lagi lah…




Sebagai seorang yang beragama Islam.. kita ada pegangan iaitu Al-Quran dan Sunah… oleh itu, jadikan lah kedua-dua sumber ini untuk menjadi pagar  diri agar tidak terjebak daripada gejala sosial…







Nak cerita pengalaman aku, memang lah seronok hidup bebas… terasa kelainan yang teramat sangat….hehe..… tetapi kerana ada rasa tanggungjawab dan agama… maka, inilah yang dapat membataskan aku dari kebebasan… tp kadang-kadang tu lewat jugak sembahyang kan.. haha..



Ingatlah… kita sendiri yang akan tentukan jalan mana yang hendak dipilih… jika tersimpang dari jalan yang lurus… maka kesannya pada diri sendiri… jaga lah maruah ibu dan ayah kita di kampung…



Akhir sekali,
semoga pembelajaran anda terus cemerlang dan dapat menjadi seorang yang berjaya di Dunia dan Akhirat…
bak kata orang bijak pandai..”jika mahu melihat sesebuah negara pada masa hadapan.. maka lihatlah pemuda pada masa sekarang”.... (betol ke ayat ni).. 


Ini semua hanyalah nasihat untuk diri sendiri.. Doakan supaya aku terus cemerlang dan menjadi seorang yang berguna..

4 comments:

  1. man jadda wajadda, siapa berusaha dia berjaya.. thanks comment my entry. Jadi tangungjawab untuk jaga diri, dan tak semua pelajar grafik sosial... tak terasa nak tukar kos sebab grafik sangat seronok.. salam dari pelajar semester tiga juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. malunyeee... hehe.. salah bace hari tu... nasib baik x kenall.. ahha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete